MENU
 
SESI TURUN PADANG PENGURUSAN TERTINGGI MPS

SESI TURUN PADANG PENGURUSAN TERTINGGI MPS

26 September 2025 | Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Turun Padang bersama Pengurusan Tertinggi pada 26 September 2025 di Rawang bagi meninjau keadaan semasa serta meneliti keperluan pembangunan setempat.

Sesi lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS, bersama YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPS Zon 14; Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17; Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16; serta wakil daripada jabatan dalaman MPS yang berkaitan. Turut hadir ialah wakil daripada JKR Gombak dan Pejabat DUN Rawang.

Antara lokasi tumpuan lawatan ialah Taman Tasik Tun Perak, Tasik KUB – Taman Bersatu, Pekan Rawang, serta Pasar Moden Rawang. Fokus utama sesi ini adalah untuk meninjau perkembangan pembangunan kawasan, membincangkan isu-isu semasa, serta menilai aspek kebersihan, penjaja dan persekitaran setempat.

Program ini telah berlangsung dengan lancar dan menjadi platform penting dalam memastikan agenda pembangunan serta penyelesaian isu-isu di Rawang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan komuniti setempat.

Event Date: 
Jumaat, 26 September 2025 - 9:15am