MENU
 
SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PENDUDUK DUN SUNGAI TUA 2025

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PENDUDUK DUN SUNGAI TUA 2025

27 September 2025 | Sungai Tua

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Libat Urus Peringkat DUN Sungai Tua bagi tahun 2025 di Dewan Sri Siantan, dihadiri oleh Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS, YDH Dato’ IR Haji Cheremi bin Haji Tarman; Orang Besar Daerah Gombak, Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Maimon binti Misnan; Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua bersama barisan Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan serta wakil penduduk setempat.

Program ini merupakan sesi kedua pada tahun ini yang dianjurkan MPS sebagai platform interaktif bagi memberi peluang kepada penduduk menyuarakan persoalan, pandangan, cadangan dan isu berkaitan perkhidmatan MPS secara terus dengan pihak pengurusan.

Dalam ucapan alu-aluan, Tuan Yang Dipertua menzahirkan penghargaan atas kehadiran para peserta dan menekankan komitmen MPS untuk terus mendengar suara rakyat. Beliau turut menyatakan bahawa sesi libat urus ini akan diteruskan secara berperingkat melibatkan kawasan DUN lain di sekitar pentadbiran MPS.

Majlis turut merakamkan terima kasih kepada penduduk yang hadir kerana telah berkongsi pandangan dan cadangan semasa sesi soal jawab. Segala input yang diterima akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak pengurusan MPS

Event Date: 
Sabtu, 27 September 2025 - 9:15am