MENU
 
SANTAPAN PAGI DYTM RAJA MUDA SELANGOR DI RESTORAN ASAM PEDAS LONDON

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj,Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli ke sekitar Daerah Gombak sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Gombak bermula pada 16-18 April 2025.

Baginda berangkat untuk santapan pagi bersama rakyat di Restoran Asam Pedas London, Bandar Baru Selayang. Dalam suasana penuh mesra, Baginda turut meluangkan masa menyaksikan persembahan Teh Tarik dan Roti Canai Terbang dari tukang masak restoran.

Turut sama dalam meraikan kunjungan tiba DYTM dan santapan pagi ini, YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh, Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak, Y.B. Datuk Haji Rizam Bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, YB Puan Anfaal binti Shaari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, Tuan ACP Noor Ariffin bin Mohamed Nasir, Ketua Polis Daerah Gombak, Puan Nor Azlina binti Aziz; Pegawai Daerah Gombak, YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang, Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan MPS dan agensi Daerah Gombak.

Event Date: 
Rabu, 16 April 2025 - 8:00am