- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor 2024 dengan tema “Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar,” yang diadakan pada 20 Oktober 2024 di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Kampung Tasek Tambahan, Hulu Langat.
Program ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta DUN Lembah Jaya. Majlis perasmian disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, yang turut diiringi oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor.
Sambutan HPBS ini bertujuan meraikan dan mengiktiraf peranan penting perancang bandar atas sumbangan signifikan mereka dalam bidang perancangan dan pembangunan, yang terus menyumbang kepada kesejahteraan bandar dan masyarakat.
Pada majlis tersebut, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dianugerahkan Anugerah Bandar Mampan 2024, sebagai pengiktirafan atas usaha cemerlang MPS dalam mencapai status mampan berdasarkan penilaian MURNInets bagi tahun 2024. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh DYMM Sultan Selangor kepada YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Amiruddin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor; YB Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato' Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Dato' Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; serta Barisan EXCO Negeri Selangor. Turut hadir, YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); Tuan TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Selangor; Puan TPr. Noriza binti Bahari, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS; serta pegawai-pegawai MPS.