- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
PROGRAM KEJOHANAN GOLF AMAL EDISI KE-3 MPS 2025
3 Ogos 2025 | Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang.
Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal Edisi Ke-3 MPS 2025 pada 3 Ogos 2025 bertempat di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) MPS yang bertujuan mengumpul dana bagi Tabung Kebajikan Awam MPS bagi penyaluran bantuan segera dan sumbangan kebajikan secara one-off yang diperuntukkan kepada orang ramai atau individu seperti berikut:-
1. Mangsa-mangsa kecelakakaan seperti kebakaran, ribut, banjir dan lain-lain kecelakaan;
2. Golongan miskin, daif dan uzur mendapatkan rawatan penyakit kronik; dan
3. Bantuan yuran pendidikan bagi anak-anak menyambung pelajaran.
Sempena kejohanan ini, MPS telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM2,000 kepada 10 pertubuhan kebajikan terpilih sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan memerlukan.
Kejohanan Golf Amal MPS ini juga adalah salah satu inisiatif MPS untuk membuka ruang interaksi serta menggalakkan pengumpulan dana bersama agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor, dan sektor swasta. Seramai 135 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Di samping itu, turut berlangsung majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi kategori-kategori yang dipertandingkan, diikuti penyampaian plak penghargaan kepada para penaja platinum yang telah menyokong penganjuran edisi kali ini. Acara diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 50 hadiah menarik kepada para peserta yang bertuah.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Dato Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Turut hadir ialah Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak merangkap Orang Besar Daerah Gombak bersama para Ahli Majlis, pengarah jabatan, penaja dan jemputan yang diraikan.