- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Puan Ruhanah binti Masruki, Ahli Majlis MPS dan JKP Zon 4 dengan kerjasama Persatuan Peniaga Medan Selera telah menganjurkan Program Gotong-royong Medan Selera MPS yang diadakan pada 20 Oktober 2024 bertempat di Medan Selera Pinggiran Batu Caves, Gombak.
Gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk mencapai persekitaran yang bersih dan sihat serta memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan di kawasan Medan Selera dan sekitar di samping mengeratkan silaturahim di antara Ahli Majlis dan penduduk setempat.
Turut sama, Wakil jabatan dalaman MPS, Pengerusi Persatuan Peniaga Medan Selera, Encik Nordin dan Encik Bokhari, wakil-wakil kawasan dan barisan AJK Penduduk Zon 4.
Tahniah Puan Ruhanah kerana mengambil inisiatif menganjurkan program kemasyarakatan penuh bermakna ini yang memberi manfaat kepada semua penduduk setempat.