- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPS telah menganjurkan Program “Jom Masak 3 Hari 3 Beriyani” yang berlangsung selama 3 hari bermula 9 Oktober hingga 11 Oktober 2024 bertempat di Dewan JPKK Kg. Kenanga, Rawang.
Program ini merupakan anjuran bersama JKP Zon 14 dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Rawang dan JPKK Kg. Kenanga. Seramai 30 orang peserta telah turut menyertai program yang dikendalikan oleh Puan Zuridah Ibrahim @ Chef Aida yang berpengalaman sebagai chef di Istana Brunei Darul Salam.
Program ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta tentang ilmu masakan serta memberi peluang kepada golongan B40 untuk menambah pendapatan.
Majlis penutup dan sesi penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang. Hadir sama, YB Tuan Chua Wei Kiat, ADUN Rawang.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Sulaiman di atas penganjuran ini dan semoga ianya bermanfaat dan dapat dipraktikkan sebagai salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan.