MENU
 
Program Ahli Majlis @ JKP Zon] - Tuan Saharudin Program Ahli Majlis @ JKP Zon] - Tuan Saharudin

[Program Ahli Majlis / JKP Zon]

Sesi penyerahan sumbangan oleh Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis MPS kepada 163 orang mangsa banjir yang berlaku di Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya pada Oktober yang lalu telah disempurnakan pada 4 Januari 2025 bertempat di Dewan JPKK Kampung Melayu, Sri Kundang, Rawang.

Turut sama dalam menyampaikan sumbangan, YB Tuan William Leong, Ahli Parlimen Selayang.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Saharudin dan semua pihak yang terlibat. Semoga dengan bantuan yang diterima dapat meringankan sedikit beban kepada mangsa-mangsa banjir.

 

Event Date: 
Sabtu, 4 Januari 2025 - 4:30pm