MENU
 
PRE-AUDIT ANUGERAH TOILET OF THE YEAR 2025 (TOTYA'25), KATEGORI HOTEL

PRE-AUDIT ANUGERAH TOILET OF THE YEAR 2025 (TOTYA’25), KATEGORI HOTEL

14 Ogos 2025 | Hotel Richbaliz, Selayang Point

Dalam usaha menuju kepada peningkatan standard kebersihan dan kemudahan awam, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dicalonkan bagi kategori Hotel dalam Pertandingan Anugerah Toilet Of The Year 2025 (TOTYA’25) dan berjaya mara ke peringkat Saringan Akhir Top 5.

Pada April 2025, MPS telah menghantar pencalonan bagi Hotel Richbaliz, Selayang Point untuk dinilai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi memastikan tahap kebersihan dan fasiliti berada di piawaian tertinggi, satu sesi pre-audit telah diadakan di lokasi berkenaan.

Lawatan penilaian tersebut telah diketuai oleh Tuan Zulkifli bin Mohammad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, KPKT bersama Tuan Nor Azman bin Ahmat Kalam daripada Quality Restroom Association of Malaysia (QRAM) serta Puan Musfaleza binti Mustafa dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir bersama memberikan sokongan penuh Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis MPS, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS bersama kakitangan jabatan.

Penilaian ini menjadi satu langkah penting untuk memastikan fasiliti awam, khususnya tandas di premis hotel, memenuhi standard kebersihan bertaraf antarabangsa. Dalam masa sama, ia juga merupakan penentu untuk pemilihan tiga terbaik bagi Anugerah TOTYA’25. MPS berharap pencalonan ini dapat menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus mengekalkan persekitaran yang bersih, selesa dan mesra pengguna.

Event Date: 
Khamis, 14 Ogos 2025 - 11:15am