MENU
 
PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024
PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024
PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024
PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024
  PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2024  

Majlis Perhimpunan Bulanan MPS yang dihoskan oleh Jabatan Pelesenan telah diadakan pada 29 Oktober 2024 di Lobi Menara MPS.

Pada majlis ini, telah diadakan penyampaian:

- Penyampaian Plak cenderamata atas sumbangan dalam Program Selangor 1000 Digital anjuran Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC)

- Sijil Penghargaan ‘Prihatin Warga Emas’ Kategori Pihak Berkuasa Tempatan bersempena Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2024

- Anugerah Pengiktirafan 5 Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Cemerlang bagi Program Pemantauan Audit Teknikal (PPAT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

- Pingat kepada pasukan ping pong yang berjaya menjuarai Kejohanan Ping Pong Piala Datuk Bandar Kuantan 2024

- Hadiah kepada pemenang Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula

- Penyerahan bendera kepada pasukan Bola Jaring MPS sempena Kejohanan Bola Jaring 2024 anjuran Persatuan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA)

- Sumbangan Perayaan Deepavali kepada kakitangan India MPS oleh pihak Anulae cawangan MPS dan Kelab Sukan dan Kebajikan MPS

Majlis Perhimpunan kali ini turut dimeriahkan dengan penganjuran Pasar Saloma di perkarangan Menara MPS, yang berkonsepkan perkampungan Melayu klasik serta menawarkan pelbagai juadah menarik. Gimik perasmian Pasar Saloma telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua, Ahli Majlis, para Pengarah Jabatan, dan kakitangan MPS.

Pautan galeri gambar.