MENU
 
PERHIMPUNAN BULAN OGOS, SAMBUTAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG & GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MPS

PERHIMPUNAN BULAN OGOS, SAMBUTAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA PERINGKAT MPS

18 Ogos 2025 | Dataran MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos yang dihoskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS pada 18 Ogos 2025 bertempat di Dataran Selayang. Majlis ini turut diserikan dengan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2025 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Turut sama dalam majlis ini, YDH Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Ahli-ahli Majlis MPS, barisan pengarah dan warga kerja MPS.

Antara pengisian menarik sepanjang majlis adalah:

- Gimik pelancaran & penyerahan Jalur Gemilang kepada jabatan serta Ahli Majlis MPS

- Pelancaran Pertandingan Meow Merdeka MPS 2025 dengan penampilan istimewa si comel viral berkereta merah – King Oyen

- Penyampaian hadiah pertandingan bola jaring dalaman MPS

- Perbarisan lintas hormat oleh kakitangan JPSPK MPS

- Perarakan masuk jentera perkhidmatan perbandaran dan alam sekitar JPSPK

- Pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi MPS diiringi nyanyian lagu tema “Jalur Gemilang”.

Acara diakhiri dengan sesi lawatan ke kawasan zon EKSA oleh Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan Dato’ Orang Besar Daerah Gombak bersama-sama Ketua-ketua Jawatan Kuasa EKSA MPS. Lawatan ini bertujuan bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang perlu ditambah baik secara segera bagi menghadapi pengauditan dalaman EKSA.

Selain itu juga, turut diadakan aktiviti Gotong-Royong Perdana EKSA MPS di zon masing-masing sebagai simbol semangat kebersamaan warga MPS dalam menjaga persekitaran yang bersih, ceria dan harmoni.

Event Date: 
Isnin, 18 Ogos 2025 - 12:00pm