MENU
 
PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024
PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024
PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024 PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024

PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2024

MPS telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang dihoskan oleh Jabatan Perancang Bandar pada 25 November 2024 bertempat di Lobi Menara MPS. Tema ‘Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #demipertiwi’ adalah selari dengan sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia, yang diadakan pada 8 November setiap tahun.

Pada majlis ini, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS telah menyempurnakan gimik pelancaran Sistem Aplikasi SMART Selayang. Sistem ini merupakan aplikasi teknikal yang dibangunkan bagi memudahkan proses pengurusan perancangan dan pembangunan di Perbandaran Selayang.

Di samping itu, dalam Majlis Perhimpunan ini juga Tuan Adi Faizal turut menyampaikan  hadiah seperti berikut :

- Penyampaian Sijil Pengiktirafan Bandar Mampan bagi tahun 2024 dan Anugerah Tahap 1: SMART City Early Adopter

- Penyampaian sijil bagi Kategori Sektor Awam dan Badan Berkanun sempena MSOSH Occupational Safety & Health Award Kali ke-42 Tahun 2024

- Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Penjenamaan Semula Logo Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MPS

- Pelancaran logo baharu MBJ MPS

- Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Raja Karom anjuran Kelab Karom Selayang Baru

- Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Rugbi MAKSAK Games 2024

- Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kuiz Kahoot

- Penyampaian sumbangan sempena Program Ceria Kembali ke Sekolah peringkat MPS 2024

Acara diserikan lagi dengan persembahan Tarian Kebudayaan  daripada kakitangan Jabatan Perancang Bandar MPS. Hadir sama pada Majlis Perhimpunan ini barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan kakitangan MPS.

Event Date: 
Isnin, 25 November 2024 - 4:00pm