MENU
 
Operasi Sitaan Jentera Operasi Sitaan Jentera
Operasi Sitaan Jentera Operasi Sitaan Jentera

MPS telah menjalankan operasi sitaan jentera di tapak pembuangan sampah haram pada 29 Mac 2022 di kawasan Kg. Baru Kundang.  

Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah Gombak telah bertindak hasil aduan mengenai aktiviti pembuangan sampah haram di lokasi tersebut. 

Dalam operasi ini tindakan menyita sebuah jentera Backhoe JCB telah dilakukan dan 2 kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha tapak dibawah Seksyen 4, Undang-Undang Kecil (UUK) Sampah dan Undang-Undang Kecil 21 Sitaan Jentera. 

MPS akan terus membuat pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa dalam menangani isu pembuangan sampah haram ini.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor