MENU
 
Operasi Sitaan Operasi Sitaan
Operasi Sitaan Operasi Sitaan
Operasi Sitaan Operasi Sitaan
Operasi Sitaan Operasi Sitaan

Sebanyak 16 penjaja telah dikenakan tindakan sitaan terhadap barangan mereka oleh MPS pada hari ini di bawah UUK 3 Undang-Undang Kecil Penjaja dan Seksyen 46(1)d Akta Jalan, Parit dan Bangunan atas kesalahan meninggalkan barang-barang perniagaan di tempat awam hingga menyebabkan halangan serta kacau ganggu pengguna lain.

Operasi sitaan terhadap 16 premis makanan di Medan Selera Bandar Tasik Puteri Rawang ini yang bermula pada jam 9.00 pagi telah melibatkan seramai 6 orang pegawai dan 30 orang anggota dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS. Sebelum tindakan sitaan dibuat, MPS telah mengeluarkan notis pindah halangan kepada semua penjaja yang terlibat pada 6 Ogos 2021 namun gagal dipatuhi.

MPS ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada penjaja yang gagal mematuhi syarat permit penjaja dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak MPS terutama di kawasan awam.

#selayangkusayang
#teruscemerlangdengannormabaharu
#kitajagakita
#kitaselangor
#selangorgempurcovid19