- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
OPERASI HALANGAN PENJAJA DI TAMAN SAMUDERA
Peniaga yang ingkar meniaga tanpa lesen yang sah telah diambil tindakan dalam satu operasi halangan penjaja yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Jalan Samudera Barat 1, Taman Samudera pada 19 Mac 2025. Operasi ini dijalankan dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.
Menerusi operasi tersebut, beberapa peniaga dikenakan tindakan sitaan kerana didapati berniaga tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh MPS. Antara barangan yang dirampas termasuk 10 unit kerusi plastik, satu unit gerai mudah alih, empat unit khemah biru, serta peralatan memasak.
Beberapa pemilik khemah lain turut dikenakan tindakan peralatan perniagaan disita, antaranya 92 unit kerusi hitam, 30 unit meja lipat, 6 tong gas merah, 2 unit peti sejuk, serta beberapa unit dapur dan gerai jualan. Selain itu, empat khemah bersaiz 20x20 turut dirampas.
Dalam operasi yang sama, MPS turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berhampiran yang menjalankan aktiviti cuci kereta tanpa lesen. Semua barang sitaan dibawa ke stor untuk tindakan lanjut.
MPS akan terus memantau isu ini dari semasa ke semasa. Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada penjaja haram sekali gus memelihara kebersihan dan ketenteraman awam.