- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
OPERASI BERSEPADU: PENJUALAN TANPA KEBENARAN DIAMBIL TINDAKAN
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan operasi bersepadu di Jalan Samudera Barat 8 pada 26 Februari 2025 bagi menangani aktiviti penjajaan tanpa kebenaran. Operasi yang berlangsung dari jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari ini melibatkan kekuatan seramai 36 anggota.
Selain itu, operasi ini turut dibantu oleh jabatan dalaman seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) yang menyediakan satu unit lori RORO, Unit Selenggara Bangunan (USB) serta Jabatan Kejuruteraan yang menyediakan sebuah backhoe.
Dalam tindakan yang diambil, MPS telah menyita pelbagai barangan penjaja termasuk barang mudah musnah seperti 15 biji kelapa, sebuah peti sejuk beku, dua unit kipas dinding, sebuah rak kaca serta dua unit sinki. Selain itu, sebanyak 40 unit kerusi plastik hitam, satu unit stall, satu unit kaki dapur, empat unit mentol lampu, dua unit khemah biru, dua unit tong biru bulat, satu unit kerusi bayi, satu unit meter TNB, dua unit tong ais, satu unit chiller, dan satu unit tong ais besi turut disita. Penjaja pernah dikenakan tindakan kompaun sebelum ini atas kesalahan yang sama namun masih menjalankan perniagaan tanpa kelulusan pihak MPS.
Selain penyitaan, struktur binaan kekal berbentuk pagar gril juga telah dirobohkan. Kesemua tindakan yang diambil berdasarkan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil Penjaja MPS 2007.
MPS menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran demi memastikan kebersihan, keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan pentadbiran MPS.