- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
MPS SANTUNI ANAK YATIM, ASNAF DALAM PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG
Seramai 23 orang kanak-kanak disantuni dalam Program Masih Ada Yang Sayang anjuran MPS pada 27 November 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Program yang dihoskan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat ini diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 20 November setiap tahun.
Program tahunan MPS yang berkonsepkan kebajikan ini diadakan khas untuk menghargai golongan memerlukan seperti anak-anak yatim, asnaf, warga emas mahupun Orang Kelainan Upaya (OKU).
MPS bersama rakan jaringan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) membantu dan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur Selangor dengan mengadakan lawatan ke Petrosains dan Aquaria KLCC. Melalui lawatan ini, anak-anak yatim dan asnaf diberi peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai ilmu sains dan teknologi serta kehidupan laut dengan cara penerokaan secara kendiri dan kemahiran bersosial.
Di samping itu, MPS turut menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur dan cenderahati kepada anak-anak yatim dan asnaf