- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MPS RAIH TEMPAT KETUJUH KESELURUHAN DI KARNIVAL SUKANUN KE-13 TAHUN 2025
13 September 2025 | Perak
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ketujuh keseluruhan daripada 58 agensi yang mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) Ke-13 tahun 2025. Kejayaan ini menjadi bukti semangat juang, disiplin, dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet MPS sepanjang kejohanan.
MPS berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak, dan satu pingat gangsa. Kejayaan ini membuktikan kemampuan atlet MPS untuk terus bersaing di peringkat lebih tinggi serta memberi cabaran hebat kepada pasukan lain.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, dan pegawai yang telah mengharumkan nama MPS dalam kejohanan ini. Bagi kategori keseluruhan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan SUKANUN Ke-13 tahun 2025.