- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2024 telah diadakan pada 5 Oktober 2024 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pada majlis sambutan ini, MPS telah menerima sijil penghargaan ‘Prihatin Warga Emas’ di bawah kategori pihak berkuasa tempatan atas sumbangan pemerkasaan warga emas melalui aktiviti yang dilaksanakan dan juga pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua di Kampung Wira Damai, Gombak.
Turut sama dalam majlis ini, YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak dan Encik Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat MPS.