- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MPS FUN RUN DAN PROGRAM PAGI TANPA KENDERAAN TAHUN 2025
27 Julai 2025 | Emerald Central, Rawang
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus komited memperkasa agenda kelestarian dan kesejahteraan komuniti menerusi penganjuran MPS Fun Run dan Program Pagi Tanpa Kenderaan 2025 yang berlangsung pada 27 Julai 2025 bertempat di Emerald Central, Kota Emerald, Rawang.
Acara pelepasan peserta MPS Fun Run telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan seramai hampir 1,000 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian santai ini. Turut serta dalam larian ialah YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, yang hadir memberi sokongan padu kepada inisiatif hijau ini.
Acara diteruskan dengan sesi kayuhan basikal yang disertai oleh tetamu kehormat sebagai simbolik bagi tema “Ke Arah Bandar Rendah Karbon” untuk Program Pagi Tanpa Kenderaan MPS.
Program ini merupakan usaha bersepadu MPS bersama Menteri Besar Incorporated (MBI), GuocoLand dan KLK Palm Oleo Sdn. Bhd. dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat, penjagaan alam sekitar dan pembangunan mampan.
Majlis penutup Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, dan turut diserikan dengan kehadiran Encik Wee Kwang Yoong, Pengarah Pembangunan GuocoLand (Malaysia) Berhad; dan Dr. Liew Weng Hui, Ketua Tanggungjawab Korporat KLK Palm Oleo Sdn. Bhd.
Acara penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik serta jabatan dan agensi yang terlibat turut diadakan, selain penyampaian hadiah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.
Selain itu, turut diadakan acara penyerahan Jalur Gemilang bersempena sambutan bulan kemerdekaan kepada wakil-wakil komuniti turut diadakan sebagai simbolik semangat patriotisme, dengan sumbangan daripada Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16 dan Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17.
Turut sama memeriahkan program ini, YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang; YB Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Rawang; Ahli Majlis MPS dan Pengarah Jabatan MPS.
MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan dalam merealisasikan impian membina sebuah bandar rendah karbon yang lebih sejahtera demi masa depan bersama.