- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
17 Julai 2025 | Bilik Anggerik, Menara MPS
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima Lawatan kerja daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai jalinan kerjasama strategik menerusi cadangan pelaksanaan Program Pemindahan Ilmu atau ‘Knowledge Transfer Program (KTP)’ yang dikendalikan oleh Pejabat Jaringan Industri (OIL), UIAM.
Program ini memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan kepakaran akademik UIAM kepada komuniti melalui pendekatan praktikal, latihan, pendidikan komuniti serta penerapan teknologi hijau. Ia dirangka berasaskan keperluan sebenar penduduk dan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup serta pembangunan kapasiti masyarakat setempat.
Dalam usaha menjayakan inisiatif ini, perbincangan menyentuh tentang peluang kerjasama dari segi dana, penyediaan data komuniti, pengenalpastian lokasi sasaran serta sokongan logistik dan promosi. Pendekatan bersama ini dijangka akan memberi impak positif yang mampan melalui hubungan erat antara institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa tempatan.
Majlis pertemuan rasmi ini melibatkan kehadiran delegasi UIAM seramai 4 orang yang diketuai oleh Encik Mohd Razif Mamat, Pengarah Pejabat Jaringan Industri UIAM serta wakil MPS yang diketuai oleh Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Korporat MPS. Turut sama, pegawai-pegawai dari jabatan dalaman MPS.