MENU
 
 MAJLIS SINARAN DEEPAVALI  MAJLIS SINARAN DEEPAVALI  MAJLIS SINARAN DEEPAVALI

Menjelang sambutan perayaan Deepavali, Biro Kebajikan Kakitangan India MPS telah menganjurkan Majlis Sinaran Deepavali kali ke-21 pada 18 Oktober 2024, bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS mewakili Tuan YDP MPS dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada Tuan Murukan A/L Manickam, Pengerusi Biro Kakitangan India MPS dan barisan jawatankuasa atas penganjuran majlis sambutan ini.

Beliau juga berharap agar majlis sebegini dapat memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya terutamanya di peringkat MPS.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pengarah jabatan MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS, pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan MPS, Wakil ANULAE dan MBJ MPS serta lebih 350 tetamu jemputan yang terdiri daripada kakitangan India MPS dan ahli keluarga mereka.