MENU
 
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM WARNA WARNI BOTANI FESTIVAL FABRIKASI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM WARNA WARNI BOTANI FESTIVAL FABRIKASI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM WARNA WARNI BOTANI FESTIVAL FABRIKASI

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM WARNA WARNI BOTANI: FESTIVAL FABRIKASI

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli merasmikan Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) yang berlangsung pada 5 Disember 2024 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong, MPS.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan penghargaan kepada MPS selaku penaja utama program ini dan buat pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama kepada PSJKM.

Program ini turut dihadiri Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan tetamu kehormat yang lain.

Hadir bersama Ahli Majlis, barisan pengarah jabatan MPS, dan wakil-wakil agensi. Program yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan mempromosikan kaedah mengekstrak warna semula jadi dari tumbuhan ke atas sehelai fabrik dan juga menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Dalam lawatan ke reruai yang dibuka sempena program ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan ke pavilion Orang Asli yang memperkenalkan jenis-jenis tumbuhan dan pokok yang digunakan untuk menghasilkan produk kraf.

Program ini yang akan berlangsung sehingga 8 Disember 2024 menampilkan aktiviti-aktiviti menarik antaranya Jualan Agro Madani, produk-produk kraf daripada usahawan tempatan, bengkel kreatif, dan lawatan sambil belajar.

Event Date: 
Selasa, 17 Disember 2024 - 8:00am