MENU
 
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH GERAI BAZAR TERBAIK

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH GERAI BAZAR TERBAIK KEPADA PENIAGA BAZAR RAMADAN TAMAN TASIK BERSATU RAWANG

Sebagai tanda penghargaan kepada para peniaga Bazar Ramadan tahun ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14 telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Gerai Bazar Terbaik Bazar Ramadan pada 24 Mac 2024 bertempat di Bazar Ramadan Taman Tasik Bersatu, Rawang.

Seramai 35 orang peniaga terlibat dalam majlis ini dan ianya bertujuan bagi menghargai usaha dan komitmen peniaga dalam menyediakan gerai terbaik sepanjang Ramadan. Selain itu juga, majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada peniaga yang menunjukkan kreativiti, kebersihan, dan kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, yang memberi sokongan terhadap usaha memperkasa peniaga kecil di bulan Ramadan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Sulaiman Abu Samah, selaku Pengelola Bazar Ramadan, serta Pengarah Pelesenan MPS, Puan Zulaina Binti Abu Talib.

Selain penyampaian hadiah, Jabatan Pelesenan MPS turut mengedarkan topi chef kepada semua peniaga bazar sebagai simbol komitmen terhadap kebersihan dan profesionalisme dalam penyediaan makanan. Langkah ini juga seiring dengan inisiatif MPS dalam meningkatkan standard kebersihan di bazar Ramadan bagi menjamin kesejahteraan pengguna.

MPS berharap usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memartabatkan perusahaan kecil dan sederhana serta ekonomi komuniti setempat.

Event Date: 
Isnin, 24 March 2025 - 2:30pm