MENU
 
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2025

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2025

27 September 2025 | Bandar Country Homes, Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Zon Bersih sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2025, yang dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan persekitaran, memupuk amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), serta memperkasakan penglibatan komuniti dalam menjadikan kawasan perbandaran Selayang lebih lestari dan sejahtera.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, dengan diiringi oleh YBrs. Tuan Ts Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS. Turut hadir ialah Tuan K. Thanabal a/l Krishnan dan Tuan U Chin Ong, Ketua WHIP Ahli Majlis MPS; Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17; Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16; Tuan Haji Khairil Anwar bin Che May, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS; wakil-wakil agensi; serta wakil-wakil komuniti setempat yang bersama-sama menjayakan program ini.

Pengisian utama program ialah aktiviti Gotong Royong Plogging Komuniti, yang kemudiannya disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan gotong royong. Acara turut diteruskan dengan cabutan bertuah yang menambah keceriaan program serta menggalakkan penglibatan aktif komuniti.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, serta penghargaan khusus buat komuniti yang telah berganding bahu menjayakan Program Zon Bersih. Komitmen dan kerjasama anda semua menjadi bukti semangat kebersamaan demi persekitaran yang lebih bersih, selesa, dan sejahtera.

Event Date: 
Sabtu, 27 September 2025 - 9:15am