MENU
 
MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN COUNTDOWN SUKMA SELANGOR 2026

MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN COUNTDOWN SUKMA SELANGOR 2026

15 Ogos 2025 | Shah Alam

Majlis Pelancaran Logo, Maskot, Tema dan Countdown setahun menuju Sukan Malaysia (SUKMA) XXII serta Para SUKMA Selangor 2026 telah diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.

Acara pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, sebagai simbolik permulaan kiraan detik 365 hari menjelang penganjuran temasya sukan terbesar negara yang akan dianjurkan oleh Negeri Selangor pada Ogos 2026.

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut hadir memberikan sokongan terhadap pelancaran rasmi ini. Untuk makluman, Stadium Selayang akan menjadi salah satu lokasi penganjuran SUKMA Selangor 2026.

Sebagai salah satu pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor, MPS sentiasa komited dalam memberikan sokongan padu terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam menjayakan penganjuran SUKMA Selangor 2026, yang bakal menjadi wadah memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan serta pembangunan belia dan masyarakat.

Event Date: 
Jumaat, 15 Ogos 2025 - 11:30am