- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
Sekitar kemeriahan suasana sambutan Majlis Mesra Aidilfitri Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2025 yang diadakan pada 25 April 2025 bersamaan 26 Syawal 1446H bertempat di Pekarangan Menara MPS.
Bertemakan ‘Warna-warni Aidilfitri’, seluruh warga kerja MPS dan tetamu hadir bersama keluarga dengan berpakaian tradisional, menyerikan lagi suasana majlis.
Pelbagai juadah telah disajikan menerusi lebih 20 gerai yang dikendalikan sendiri oleh kakitangan-kakitangan dari setiap jabatan MPS untuk tetamu yang hadir. Turut diadakan, Penyerahan Tabung Sumbangan Mangsa Bencana Kebakaran Gas di Putra Heights, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Pakaian Terbaik, cabutan bertuah serta penyerahan duit raya untuk kanak-kanak yang telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS dan Encik Zikry bin Zulkifle, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan kumpulan akustik D’Xoras MPS serta tarian kebudayaan daripada pelajar SK Bandar Baru Selayang 2 dan SK Taman Melawati.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor; YDH Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Hj. Wan Mahmood bin Pa'wan Teh, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Gombak; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia.
Turut hadir ke majlis ini ialah mantan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua MPS antaranya, YBhg. Dato' Haji Bakarudin bin Othman, Tuan Abdullah bin Marjunid dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi selain rakan-rakan strategik, barisan Ahli Majlis dan pengarah MPS.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat bagi meraikan sambutan Majlis Mesra Aidilfitri MPS 2025.