- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN BICARA ILMU 2025
29 Ogos 2025 | Lobi Menara, MPS
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan MPS telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Bicara Ilmu bersempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan ANULAE MPS.
Program ini diadakan di Lobi Menara MPS dan turut mendapat sokongan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Wakil BIMB turut memberi taklimat mengenai pengurusan kewangan kepada warga kerja MPS.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan sesi Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Nabil bin Ahmad bertajuk “Mulakan Kerja Dengan Nilai Positif”, bertujuan memberi inspirasi dalam membentuk sahsiah dan semangat kerja cemerlang dalam kalangan warga MPS.
Sebagai makluman, ANULAE Cawangan MPS telah ditubuhkan secara rasmi pada 28 Ogos 2015 dan terus komited dalam memperkukuh kebajikan serta pembangunan modal insan warga kerja MPS.
Semoga majlis ini menjadi wadah pengukuhan ukhuwah serta menyemarakkan budaya kerja positif dalam kalangan warga MPS demi kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.
Turut sama dalam majlis ini, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS; pengarah-pengarah Jabatan serta kakitangan MPS.