- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2025
Seramai lebih 250 orang telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sempena pembukaan tirai tahun baharu 2025 pada 9 Januari 2025 bertempat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.
Acara dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Habib bin Abdul Fisol, Pengurus Lembaga Tadbir Masjid Jamek Al-Amaniah. Selepas bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada pihak MPS, yang disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, kepada pihak Masjid Jamek Al-Amaniah. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan jamuan makan.
Majlis ini turut disertai oleh Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa'wan Teh, Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak, YB Puan Anfaal binti Shaari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ MB Selangor merangkap Penyelaras Dun Gombak Setia, pihak pengurusan MPS, para Penyelaras DUN, Ahli Majlis, wakil-wakil jabatan dan agensi di Gombak, serta kariah masjid