- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
MAJLIS APRESIASI JMB/MC TERBAIK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2024
Majlis Apresiasi JMB/MC Terbaik Majlis Perbandaran Selayang Tahun 2024 telah diadakan pada 13 Disember 2024 bertempat di Setia Eco Templer Rawang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai usaha dan komitmen Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbandanan Pengurusan (MC) dalam mengurus dan menyelenggara serta pengiktirafan kepada semua badan pengurusan strata dalam kawasan MPS yang telah memberikan perkhidmatan kepada komuniti yang cemerlang.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Hadir sama dalam majlis ini Encik Nor Hanizan bin Sahid, Penolong Pengarah Kanan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Puan Norul Hidayah binti Sarwadi, Akauntan Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, Puan Nor Shafaliza binti Saharudin, Pengarah Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS, Ahli Majlis, barisan pengarah MPS serta wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan.
Tahniah diucapkan kepada semua JMB/MC di bawah pentadbiran Selayang yang menerima anugerah.
Senarai penerima anugerah JMB/MC terbaik MPS:
Anugerah JMB/ MC Terbaik 2024 Skim Kos Rendah
Johan: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Perdana Selayang
Naib Johan: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Selaseh Indah
Ketiga: JMB Kota Warisan Selayang Bahagia
Anugerah JMB/MC Terbaik 2024 Skim Kos Sederhana
Johan: Seri Puri Management Corporation
Naib Johan: Perbadanan Pengurusan Simfoni Heights
Ketiga: Aman Tiga Management Corporation
Anugerah JMB/MC Terbaik 2024 Skim Kos Tinggi
Johan: Badan Pengurusan Bersama Setia Eco Templer Fasa 2
Naib Johan: Amanja Management Corporation
Ketiga: JMB T-Parkland
Anugerah JMB/MC Terbaik 2024 Skim Kos Komersial
Johan: Joint Management Body Anggun City
Naib Johan: Badan Pengurusan Bersama Medan Puteri
Ketiga: Batu Caves Centre Point Block G Management Corporation