- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
MPS berbesar hati menerima seramai 16 kakitangan dari Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi lawatan kerja pada 19 September 2023. Lawatan yang diketuai oleh Encik Shamsul Syahiran bin Mohd Samsudin, Pengarah Jabatan Landskap MPK yang bertujuan untuk membincangkan serta berkongsi maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan dan penguatkuasaan landskap.
Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Landskap MPS telah memberi penerangan tentang cara dan maklumat berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan dan penguatkuasaan landskap di MPS.
Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan pada masa akan datang.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama