- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Muda Selangor Santuni Rakyat di Larian Kita@Bagan Terap
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor bersama Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli ke Larian Kita @ Bagan Terap, Sungai Besar.
Turut mengiringi DYMM Sultan Selangor, adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor.
Program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk Bagan Terap, dan menyantuni masyarakat menerusi program bersama rakyat. Semasa larian ini berlangsung, Raja Muda Selangor berkenan untuk bersama-sama berlari @ berjalan di sekeliling sawah padi dengan kain pelikat.
Timbalan Yang Dipertua, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi mewakili MPS turut hadir menyertai program ini, bersama-sama wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), wakil-wakil agensi di peringkat negeri dan daerah.