MENU
 
KURSUS PENGENALAN SKIM STRATA KAKITANGAN TEKNIKAL DALAMAN MPS KURSUS PENGENALAN SKIM STRATA KAKITANGAN TEKNIKAL DALAMAN MPS KURSUS PENGENALAN SKIM STRATA KAKITANGAN TEKNIKAL DALAMAN MPS
KURSUS PENGENALAN SKIM STRATA KAKITANGAN TEKNIKAL DALAMAN MPS   KURSUS PENGENALAN SKIM STRATA KAKITANGAN TEKNIKAL DALAMAN MPS

KURSUS PENGENALAN SKIM STRATA KAKITANGAN TEKNIKAL DALAMAN MPS

Kursus Pengenalan Skim Strata Kakitangan Teknikal Dalaman melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS telah diadakan pada 27 November 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Simfoni, Bukit Lagong.

Seramai 12 orang peserta yang terlibat dalam kursus ini merupakan wakil-wakil jabatan MPS terdiri daripada Jabatan Landskap, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Korporat, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancang Bandar.

Menerusi kursus ini, peserta diberi pendedahan kewujudan COB berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)  serta mengupas bidang kuasa dan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh COB selaras dengan akta berkenaan.

Turut ditekankan dalam sesi taklimat adalah penerangan mengenai ruang lingkup tugas Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) di kediaman berskim strata yang dikuat kuasakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Event Date: 
Rabu, 27 November 2024 - 9:45pm