MENU
 
KURSUS GENERATIVE AI MPS 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Kursus Generative AI pada 27 hingga 28 Ogos 2025 bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Kursus ini telah disertai seramai 27 peserta terdiri daripada Yang Dipertua MPS, Tuan Shahman bin Jalaludin, pengarah jabatan serta wakil-wakil jabatan. Penganjurkan kursus ini mencerminkan komitmen padu pihak MPS dalam memperkukuhkan budaya inovasi dan transformasi digital di peringkat pentadbiran.

Sesi kursus telah dikendalikan oleh dua penceramah jemputan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), iaitu Puan Siti Nadiah Alsadat binti Shukkran dan Puan Farah Ain binti Mohd Tajudin. Kedua-dua penceramah telah berkongsi ilmu, pengalaman serta aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu meningkatkan kecekapan kerja, memperkaya inovasi, dan menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan MPS.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu mempercepatkan urusan pentadbiran dengan membantu menyediakan draf dokumen rasmi secara pantas, menghasilkan laporan serta ringkasan mesyuarat secara automatik, menyokong analisis data bagi proses membuat keputusan, serta meningkatkan komunikasi dalaman dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Kursus ini turut mendapat maklum balas yang amat positif daripada para peserta. Semoga penganjuran Kursus Generative AI ini menjadi pemangkin kepada warga kerja MPS untuk terus berinovasi dan mendepani cabaran teknologi semasa, seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, mesra dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

Event Date: 
Rabu, 27 Ogos 2025 - 3:00pm to Khamis, 28 Ogos 2025 - 3:00pm