- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Majlis Perbandaran Selayang melalui Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta telah mengadakan Kursus Asas Sewaan Premis MPS selama 3 hari bermula pada 1, 3 dan 4 Oktober 2024 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong.
Lebih 170 orang penyewa premis MPS yang telah mengambil bahagian di mana peserta diberikan pendedahan tentang pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan yang teratur dan pengurusan kebersihan premis MPS.
Turut sama, Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS, wakil dari Agensi Perbankan Maybank, Hijrah Selangor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Terima kasih diucapkan kepada semua penyewa dan agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.