MENU
 
KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL.1-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL.1/2025

16 Julai 2025 |Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah menganjurkan Kursus Asas Sewaan Penyewaan Premis Bil. 1/2025 yang diadakan pada 16 Julai 2025 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Seramai 73 orang penyewa premis MPS telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Ianya diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci berkaitan tatacara penyewaan premis milik MPS serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek pengurusan sewaan secara menyeluruh. Turut sama, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Sr. Fazlin Mariam Binti Mustafa, Timbalan Pengarah JPPH dan diteruskan dengan sesi taklimat daripada pegawai-pegawai kanan jabatan yang berkaitan. Antara pengisian yang dibentangkan termasuk pengurusan kewangan perniagaan, pelesenan, pengurusan sisa pepejal dan kebersihan premis. Turut diadakan sesi perkongsian pengalaman daripada penyewa yang berjaya memberi inspirasi dan panduan kepada peserta dalam aspek promosi dan pengurusan perniagaan.

Turut diadakan sesi penyampaian sijil kepada para peserta yang telah melengkapkan kursus. Dengan penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan para penyewa serta menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih tersusun dan berdaya tahan.

Event Date: 
Rabu, 16 Julai 2025 - 8:45am