- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perbandaran Selayang telah menerima kunjungan daripada Bahagian Saliran Mesra Alam, Jabatan Perairan dan Saliran Malaysia (JPS) pada 25 Oktober 2024.
Delegasi seramai tiga orang, yang diketuai oleh Cik Wong Koh Yin, Ketua Penolong Pengarah JPS, telah disambut oleh Tuan Ir. Haji Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS, bersama wakil dari Jabatan Perancang Bandar MPS.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi kawasan Selayang, Rawang, dan Kuang di Selangor. PISMA ini akan digunakan oleh MPS dalam pembangunan tanah serta kajian semula Rancangan Tempatan di kawasan pentadbiran MPS.
Diharapkan sesi lawatan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara MPS dan JPS serta meningkatkan jaringan perkongsian maklumat bagi kelestarian bandar mampan.