- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA 2025
Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025 anjuran Suzuki Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 14 Januari 2025, bertempat di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.
Bertemakan ‘Kongsi Jalan Raya, Tunggang Berhemah’, kempen ini dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina untuk mengingatkan para pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar mengamalkan sikap berhemah di jalan raya demi mengelakkan kemalangan.
Pelbagai acara menarik turut diadakan, antaranya penukaran topi keledar secara percuma, pemeriksaan motosikal percuma oleh mekanik terlatih, serta pameran reruai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan.
Turut hadir ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Dato’ Normah binti Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan Malaysia; Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia; Datuk S Sasikala Devi, Timbalan Ketua Polis Selangor, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil agensi, dan wakil jabatan dari MPS.