- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Majlis Perbandaran Selayang telah menghantar Pasukan Bola Sepak Pantai untuk menyertai Karnival Sukan Pantai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUPANUN) yang berlangsung dari 16 hingga 20 Oktober 2024, bertempat di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.
Buat julung kalinya, Pasukan Bola Sepak Pantai MPS menyertai kejohanan ini dan menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dengan pencapaian berada dalam kalangan 8 pasukan terbaik daripada 22 pasukan yang bertanding. Pasukan ini juga telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, turut berkesempatan menyaksikan perlawanan ini. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Pantai MPS dan semua yang terlibat.