- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Komuniti Kebun Komuniti Gerden 8 , Taman Perwira dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang, UCTC UPM dan Agrobank telah menganjurkan Karnival Garden 8 pada 11 Jun 2022 bertempat di Garden 8, Taman Perwira Gombak.
Karnival yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS dan turut dihadiri oleh Yang Amat Dihormati Dato’ Paduka Raja Tan Sri Haji Wan Mahmood Bin Pa’ Wan Teh,
Orang Besar Daerah Gombak merangkap Ahli Majlis MPS Zon 2, Prof. Dr. Loh Teck Chwen,
Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia,
Puan Zurina Binti Othman
Ketua Pegawai Pengurusan Kredit, Agrobank Berhad dan tetamu kehormat yang lain.
Encik Iqmal Fajri Bin Danial
Ketua Komuniti Garden 8, Taman Perwira, Gombak berkata objektif karnival ini adalah untuk menggalakkan penduduk setempat berkebun dan mengamalkan kehidupan lestari serta menyemai minat dan ilmu kepada kanak- kanak dan remaja dalam bidang pertanian.
Antara aktiviti yang turut diadakan pada karnival ini ialah demonstrasi masakan, ceramah pengurusan pertanian dan jualan hasil tanaman serta makanan.
@garden8.malaysia
@agrobankmy
@uniputramalaysia
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor