- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
KAJIAN AWALAN DUE DILIGENCE BAGI PELAKSANAAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672) DI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Taklimat Kajian Awalan Due Diligence Bagi Pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan bertujuan untuk menilai kesiapan, kekangan dan keperluan agar pelaksanaan akta ini dapat dijalankan secara efektif.
Sesi taklimat dan semakan dokumen yang berlangsung selama 4 hari ini diadakan bertempat di Bilik Anggerik, Menara MPS dan Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. Sesi lawatan tapak turut diadakan sepanjang taklimat ini berlangsung.
Aspek yang diberi penekanan Due Diligence adalah untuk memahami rangka undang-undang yang terpakai, termasuk Akta 672 dan undang-undang lain berkaitan pengurusan sisa pepejal di peringkat PBT.
Turut hadir dalam sesi taklimat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ts. Hairuddin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, Encik Azman bin Omar, Jurutera Bahagian Konsesi Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, wakil-wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, SWCorp, agensi berkaitan, Ahli Majlis MPS serta wakil-wakil Jabatan MPS.
Sesi penutup juga telah diadakan pada 10 Januari 2025 dengan pembentangan rumusan oleh wakil SWCorp kepada Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan Pengarah Jabatan.