MENU
 
HARI KE-3 WORLD URBAN FORUM 2024 (WUF-12) HARI KE-3 WORLD URBAN FORUM 2024 (WUF-12)
HARI KE-3 WORLD URBAN FORUM 2024 (WUF-12) HARI KE-3 WORLD URBAN FORUM 2024 (WUF-12)

HARI KE-3 WORLD URBAN FORUM 2024 (WUF-12)

Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pada 6 November 2024 telah berkongsi tentang Rancangan Kawasan Khas Batu Arang menuju matlamat Selangor ke arah pembangunan mampan di World Urban Forum 2024 (WUF-12) yang sedang berlangsung di Kaherah, Mesir.

Perkongsian Tuan YDP MPS yang disampaikan pada slot ke-7 di Malaysia Pavilion ini merangkumi objektif Rancangan Kawasan Khas Batu Arang serta Strategi Pemulihan Warisan Batu Arang sebagai sebuah Bandar Warisan Perlombongan Arang Batu yang mempunyai kepentingan geologi.

Di samping itu, beliau turut berkongsi matlamat MPS untuk menjadikan Batu Arang sebagai destinasi pelancongan sejarah warisan yang lestari serta usaha MPS meningkatkan aksesibiliti di Batu Arang dari segi potensi infrastruktur dan kemudahan pelancongan di kawasan tersebut.

MPS berharap penyampaian maklumat ini dapat memperkenalkan Bandar Warisan Batu Arang sebagai sebuah produk pelancongan unik di peringkat antarabangsa.

Event Date: 
Rabu, 6 November 2024 - 2:15pm