MENU
 
Bina Papan Dendeng (Hoarding) Atas Jalan, MPS Ambil Tindakan Roboh Bina Papan Dendeng (Hoarding) Atas Jalan, MPS Ambil Tindakan Roboh Bina Papan Dendeng (Hoarding) Atas Jalan, MPS Ambil Tindakan Roboh

Akibat membina Papan Dendeng (Hoarding) di atas jalan yang melanggar syarat dan menimbulkan kacau ganggu, satu syarikat pemaju telah dikenakan tindakan perobohan ke atas papan tersebut. Tindakan ini telah dilaksanakan oleh MPS pada 7 November 2023 bertempat di Lot 23534, 23535, 23536 & 23527 Jalan 7A/3 Bandar Tasik Puteri, Rawang. 

Tindakan perobohan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kawalan Perancangan (Akta 172). Pemilik bangunan juga telah diberi notis selama tujuh (7) hari untuk mengosongkan papan dendeng yang selebihnya di kawasan tersebut atau tindakan roboh akan diambil sekali lagi oleh pihak MPS.

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan MPS telah mengetuai operasi bersepadu ini bermula pukul 9.00 hingga 11.00 pagi dengan lancar tanpa sebarang halangan atau provokasi. Seramai 30 orang dari jabatan dalaman MPS, Pejabat Daerah & Tanah Gombak serta Polis Diraja Malaysia telah turut terlibat.

Pihak pemaju adalah diingatkan untuk mematuhi arahan dan undang-undang yang ditetapkan atau tindakan tegas akan diambil oleh MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama