- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bagi memastikan pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dapat dilaksanakan di peringkat MPS, satu bengkel Penyediaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), kepada para timbalan pengarah dan pegawai MPS telah diadakan di Hotel Mercure, Selayang pada 31 Mei 2022 hingga 1 Jun 2022.
Pada bengkel ini taklimat telah disampaikan oleh Tuan Azuan bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan bersama Tuan Mohammad Fitri bin Ismail, Penguasa Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Selangor.
Pada bengkel ini juga, penceramah telah menerangkan garis panduan dan tatacara penyediaan OACP yang bersistematik. Turut diadakan sesi pembentangan deraf kerangka OACP MPS kepada Tuan Yang Dipertua MPS oleh setiap kumpulan.
Bengkel diakhiri dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh Tuan YDP MPS.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor