MENU
 
Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025 Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025 Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025 pada 25 hingga 27 September 2023 bertempat di Holiday Inn Hotel, Melaka.

Pelan Strategik MPS 2022-2025 merupakan panduan ke arah merealisasikan visi MPS sebagai Majlis Perbandaran Selayang Pemaju Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030.

Melalui Kajian Semula Pelan Strategik ini, MPS dapat memastikan penilaian dan pencapaian pelaksanaan program dan inisiatif MPS bagi tahun 2022 dan 2023 yang telah dirancang dapat dilaporkan secara rasminya supaya tindakan penambahbaikan secara berterusan boleh dilakukan. Bengkel selama tiga hari ini telah dipimpin oleh perunding dari Unit Permodenan Tadbiran dan Penerangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Puan Fariza binti Mohamad Farid.

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah merasmikan Majlis Penutup Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2022-2025. Turut serta dalam bengkel ini adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, para pengarah dan wakil jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama