- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
MPS pada hari ini telah melakukan tindakan sitaan terhadap sebuah lori dan sebuah jentera jengkaut kerana didapati melakukan aktiviti pembuangan sisa bahan binaan dan pengorekan pasir tanpa kebenaran di sebuah tanah rizab simpanan di Jalan Lot Pt. 2868, Jalan Kampung Baru Kundang, Rawang.
Tindakan sitaan ini diambil mengikut peruntukan UUK 4 dan UUK 21 dibawah peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.
MPS akan terus membuat pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa dalam menangani isu aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran dan sampah haram.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor