- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
MAKLUMAN
Sistem STARS MPS telah bertukar kepada SISPAA-MPS (SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM-MPS) berkuatkuasa pada 1 Januari 2023. Pengadu HANYA boleh menggunakan sistem STARS MPS untuk membuat SEMAKAN ADUAN yang belum diberikan maklumbalas bagi tahun 2022 atau tahun sebelumnya.
Sila hubungi 1-800-222-677 untuk maklumat lanjut.
ADUAN BAHARU :
1. Pengadu adalah digalakkan untuk menggunakan SISPAA-MPS untuk membuat aduan.
2. Pengadu juga boleh menggunakan talian bebas tol MPS di 1800 222 677.
3. Pengadu boleh datang terus ke Kaunter Aduan MPS yang terletak di lobi kaunter Bayaran MPS untuk membuat aduan.
PROSES DAN PROSEDUR PENGADUAN AWAM
1. Apa yang boleh saya adukan kepada Majlis Perbandaran Selayang?
Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan perbandaran dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan dari pihak Majlis Perbandaran Selayang.
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada / Percuma
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu
4. Bagaimana cara membuat aduan?
5. Apakah maklumat yang perlu saya berikan/ masukkan dalam aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang?
Maklumat peribadi pengadu seperti nama, alamat, nombor telefon, emel serta maklumat aduan yang lengkap.