Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA SIRI 3/2026 MPS

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA SIRI 3/2026 MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menganjurkan Seminar Kehidupan Strata Sejahtera Siri 3/2026 melibatkan penyertaan wakil daripada 28 skim badan pengurusan strata dengan kehadiran seramai 32 peserta.

Sesi pembukaan seminar ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Puan Nor Shafaliza Saharudin dan menampilkan barisan penceramah daripada Jabatan COB, Jabatan Perundangan dan Jabatan Kejuruteraan MPS yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan pengurusan strata.

Antara pengisian seminar adalah penerangan mengenai fungsi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), isu dan cabaran perundangan dalam pengurusan hartanah strata, tanggungjawab serta aspek penguatkuasaan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), selain sesi soal jawab bersama peserta.

Turut dibincangkan ialah aspek pengurusan risiko cerun dan tanah runtuh di kawasan pembangunan strata, pemantauan dan penyelenggaraan cerun serta amalan terbaik yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti strata sentiasa terpelihara.

Penganjuran seminar ini diharap dapat meningkatkan kefahaman badan pengurusan strata terhadap tanggungjawab mereka serta memperkukuh tadbir urus pengurusan bangunan strata yang lebih cekap, selamat dan mampan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama