|
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan bertanggungjawab untuk mengawal selia perkhidmatan kutipan sisa pepejal (domestik, pukal dan sisa industri & komersial), dan perkhidmatan pembersihan awam serta pengurusan kesihatan awam. Selain daripada itu, jabatan ini bertanggungjawab ke atas kawalan alam sekitar dan aduan lot terbiar serta menjalankan program kitar semula, kawalan pencegahan vektor dan haiwan serta kawalan mutu makanan. Jabatan ini diketuai oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud sebagai Pengarah Jabatan dan dibantu seramai 131 orang kakitangan.
Bahagian Perkhidmatan Perbandaran
-
Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja perkhidmatan bandar seperti pemungutan dan pelupusan sisa pepejal (domestik dan pukal), pembersihan longkang, penyapuan jalan, pemotongan rumput, pembersihan cerun dan pembersihan hentian bas.
-
Memproses dan memberi ulasan pelan bangunan bagi rumah sampah dan kebuk sampah, surat sokongan dan Sijil Layak Menduduki.
-
Menyelaras penempatan tong sampah awam, bantuan kepada penempatan tong roro bagi aktiviti gotong royong serta bantuan kepada kerja-kerja pembersihan kawasan.
Bahagian Kesihatan Awam
-
Melaksanakan pemantauan, pemeriksaan dan pematuhan kebersihan premis makanan.
-
Menjalankan penarafan bintang tahap kebersihan tandas awam dan tandas premis makanan.
-
Melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pencegahan penyakit bawaan vektor serta lain-lain penyakit berjangkit.
-
Menjalankan aktiviti kawalan haiwan terbiar, pengurusan pusat tahanan haiwan serta memproses dan mengeluarkan lesen anjing.
-
Mengurus dan menjalankan pemantauan kontrak kerja-kerja penyelenggaraan perangkap minyak berpusat, pembersihan pasar awam dan tandas awam.
Bahagian Alam Sekitar
-
Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan kempen-kempen kesedaran seperti penguatkuasaan tapak sampah haram, aduan Lot terbiar, kempen kitar semula, kempen Zon Bersih dan pendidikan pengurusan sampah kepada penduduk.
-
Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan kesihatan awam.
-
Melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan premis yang menghasilkan sisa komersial dan industri.
Bahagian Khidmat Pengurusan
-
Mengurus hal-ehwal pentadbiran jabatan seperti pengurusan mesyuarat, perolehan, kewangan, cuti kakitangan dan tuntutan elaun perjalanan kakitangan.
-
Menyelaras aktiviti dan program MPS seperti EKSA, STAR Rating, Pelan Strategik, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, audit dalam dan luar dan lain-lain.
-
Mengurus pengeluaran stok dan penempatan aset jabatan.
-
Sebagai urusetia kepada aduan-aduan awam.
|
Pengarah Jabatan
Ts. Hairudin bin Daud
Timbalan Pengarah
Khairil Anwar bin Che' May
Ketua Kerani
Azura binti Abu Bakar
Bahagian / Unit
- Bahagian Perkhidmatan Perbandaran
- Bahagian Kesihatan Awam
- Bahagian Alam Sekitar
- Bahagian Khidmat Pengurusan
Jumlah Kakitangan
131 orang
Tingkat 2,
Bangunan Lama MPS
03-6126 6024
|