|
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB
-
Menguruskan hal ehwal sumber manusia seperti urusan pelantikan, kenaikan gaji,kenaikan pangkat, pengurusan cuti dan pencen, pinjaman perumahan dan persaraan kakitangan MPS.
-
Mengurus dan memantau perancangan sumber manusia, perjawatan, pembangunan organisasi dan pengurusan maklumat dalam Sistem HRMIS.
-
Menguruskan dan menyelia latihan kakitangan seperti kursus, bengkel, seminar, mesyuarat luar serta peperiksaan untuk kakitangan.
-
Menguruskan perlindungan insurans tanggungan awam, bangunan dan aset serta urusan panel perubatan kakitangan, pegawai dan ahli majlis.
-
Menguruskan pembekalan aset dan stok bekalan pejabat termasuk perolehan dan pembayaran bagi perkhidmatan dan pembekalan.
-
Menguruskan hal ehwal pengurusan registri dan rekod serta pelupusan rekod awam MPS bagi memastikan segala tatacara mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.
ВАHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
-
Menguruskan hal ehwal pelantikan jawatan dan kenaikan pangkat berdasarkan Waran Perjawatan sedia ada dan kelulusan bajet tahunan.
-
Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, cuti, pinjaman, elaun dan persaraan kakitangan Majlis Perbandaran Selayang.
-
Menguruskan kenaikan gaji tahunan.
-
Membuat semakan pelarasan gaji kakitangan.
-
Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat.
-
Mengurus setia Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
-
Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
ВАНАGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI
-
Menyelaras dan melaksanakan kesemua hal berkaitan urusan data perjawatan, penstrukturan dan pembangunan organisasi.
-
Memastikan MPS mempunyai struktur organisasi yang mantap, teratur dan skim serta gred perkhidmatan yang bersesuaian selaras dengan arahan dan dasar semasa Kerajaan.
-
Mengawal selia Pengurusan Surat Kelulusan Perjawatan dan semakan Waran/Data Perjawatan
-
Menyelaras dan memantau pelaksanaan dalam Human Resource Management Information System (HRMIS) bagi memastikan data maklumat dalam sistem HRMIS tepat, lengkap dan berintegriti.
ВАНAGIAN LATIHAN DAN KOMPETENSI
-
Menyediakan jadual perancangan, kursus dan latihan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang mengikut peruntukan yang diluluskan.
-
Menguruskan urusan peperiksaan untuk pengesahan dalam perkhidmatan dan kenaikan pangkat
-
Menjadi urus setia latihan dalam kursus dalaman anjuran bersama Majlis Perbandaran Selayang dan agensi luar.
-
Menguruskan pengambilan dan penempatan pelajar latihan industri.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
-
Menyelaras Arahan/Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Tatacara Pengurusan Aset Hidup Kerajaan, dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan dengan Penyelaras Aset dan Penyelaras Stor peringkat jabatan/bahagian dari semasa ke semasa.
-
Memastikan pengurusan perolehan bagi kerja-kerja kontrak, pembekalan dan perkhidmatan dilaksanakan secara terancang, berintegriti dan mematuhi prosedur serta tatacara perolehan yang ditetapkan.
-
Membekalkan keperluan perabot, lengkapan serta alat kelengkapan pejabat kepada Majlis secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran
-
Menguruskan Stor Utama JKP yang bertanggungjawab membekalkan BahanBahan Bercetak dan Alat Tulis kepada semua jabatan.
ВАНAGIAN PENTADBIRAN
-
Menguruskan logistik Majlis seperti tempahan dewan keraian dan pengurusan kenderaan Majlis.
-
Menyelaras dan memantau penerimaan dan pendaftaran surat, mel serta dokumen. Memastikan keselamatan dan persekitaran dalam dan luar bangunan Majlis teratur dan terkawal.
-
Menguruskan hal ehwal perlindungan insurans bagi tuntutan aset-aset Majlis dan tanggungan awam.
-
Menguruskan tuntutan panel perubatan pesakit luar dan pesakit dalam kakitangan, ahli majlis dan tanggungan.
-
Mengurus setia Mesyuarat Pengurusan bulanan Majlis Perbandaran Selayang.
-
Menyelaras dan memastikan Majlis mematuhi Arahan Keselamatan Perlindungan berdasarkan Buku Arahan Keselamatan Perlindungan (Semakan Dan Pindaan 2017).
BAHAGIAN REGISTRI DAN REKOD
-
Mengurus dan menyelia kawalan pergerakan dan pengedaran dokumen, fail serta pergerakan keluar masuk surat dalaman dan luaran. Mengurus dan menyelaras pengklasifikasian fail. Menguruskan pengawasan dokumen terperingkat MPS.
-
Mengurus dan menyelaras sistem Digital Document Management System (DDMS).
-
Memastikan tatacara pelupusan rekod awam dan kewangan MPS mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Menjadi perantara Arkib Negara Malaysia bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan rekod, pelupusan rekod awam dan kewangan, pengurusan bencana rekod, dan jadual pelupusan rekod.
|
Pengarah Jabatan
Mazurah Binti Mohamed
Timbalan Pengarah
Su @ Noor Hafizah Binti Mohamad Lasim
Ketua Kerani
Atiqah Binti Yahya
Nor Azila Binti Mahamad Alias
Mohd Hazrin Bin Abu Hassan
Rizwana Binti Mohd Sulaiman
Bahagian / Unit
- Bahagian Sumber Manusia
- Bahagian Penjawatan Dan Organisasi
- Bahagian Latihan Dan Kompetensi
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Registri Dan Rekod
Jumlah Kakitangan
76 orang
Sayap A, Tingkat 7
Menara MPS
03-6126 5811
|